Tuesday, 10 March 2009

Terkini ! Warga Baru Masleics

Alhamdulillah, MASLEICS baru sahaja menerima kedatangan Ustaz Zaharuddin sekeluarga ke Leicester baru-baru ini. Beliau telah selamat berpindah dari Lampeter, Wales ke Leicester pada 7/3/09.

MASLEICS dengan ini mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Zaharuddin sekeluarga dan semoga beliau dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Leicester. InsyaAllah, diharapkan dengan kedatangan beliau akan merancakkan lagi aktiviti usrah dan majlis ilmu Masleics.

MASLEICS 2008/2009

Thursday, 19 February 2009

Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana bersama Ust Erfino Johari, Atache Agama Jabatan Penuntut Malaysia London

Alhamdulillah, setelah mendapat pengesahan daripada Ustaz Erfino , Insyaallah beliau akan hadir ke Leicester pada tarikh yang telah ditetapkan untuk Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana yang telah dirancangkan.

2. Berikut adalah tentatif atur cara untuk Majlis tersebut. Sekiranya ada sebarang perubahan, ianya akan dimaklumkan didalam masa terdekat.

Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana bersama Ust. Erfino Johari, Atache Agama Jabatan Penuntut Malaysia London
Tempat : Dewan kuliah universiti (LT1, KEN EDWARDS, management building)
Masa : 1700-2100
Tarikh : 21 Februari 2009
Hari : Sabtu
Anjuran : MASLEICS & LUMS

Tentatif (tertakluk kepada perubahan)

1700-1728 : Kehadiran tetamu dan pelajar Malaysia di Leicester
1729 : Solat Maghrib berjamaah (surau Universiti)
1800-1810 : Ucapan aluan pengerusi Majlis (di kalangan ahli LUMS)
1810-1825 : Ucapan aluan Penghulu Masleics
1825-2000 : Ceramah dan Q&A bersama Ust Erfino Johari.
2015-2030 : Taaruf ringkas warga Masleics & Lums (sekiranya possible)
2030-2059 : Makan Malam
2100 : Bersurai


3. Ustaz Erfino juga bersedia untuk menjawab sebarang kemusykilan (politik semasa tanah air, sosial, atau apa-apa permasalahan yang ingin diajukan).

4. Diharapkan semua warga MASLEICS & LUMS dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Segala kerjasama yang diberikan adalah sangat-sangat dihargai dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian Wassalam

MASLEICS 2008/2009

Tuesday, 17 February 2009

Tahniah ! Penghulu Masleics mendapat cahayamata..

Tahniah diucapkan kepada Tok Penghulu Masleics, saudara Murizal kerana baru mendapat cahayamata yang kelima baru-baru ini. Beliau mendapat baby boy yang telah selamat dilahirkan pada tepat jam 11.50pm, 16 Februari 2009. Alhamdulliah semuanya berjalan lancar dan baby serta ibunya dibenarkan pulang pada pagi 17 Februari 2009.

Diharapkan dengan baby baru ini akan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada keluarga Tok Penghulu khususnya dan Keluarga Masleics Am nya. Dengan lahirnya baby ini bukan sehaja ahli keluarga Penghulu bertambah tetapi secara automatik keluarga Masleics juga telah bertambah.

Masleics 2008/2009.

Wednesday, 7 January 2009

Warga Baru MASLEICS

Alhamdulillah, Masleics telah menerima kehadiran warga baru yang tiba baru-baru ini. Saudara Mahyudin sekeluarga telah ditiba pada 23 /12 /08 dan seterusnya Saudara Suhaidi & Isteri tiba pada 31/12/08. Yang terkini, Saudara Adam sekeluarga telah selamat tiba pada 6/1/09.
Dengan adanya warga baru ini, dengan secara rasminya ahli keluarga Masleics telah bertambah.

Masleics ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Datang ke Leicester dan Selamat Maju Jaya di dalam menuntut ilmu dan menjalani kehidupan di UK.

Sunday, 21 December 2008

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil

Sepertimana yang sedia maklum bapa salah seorang ahli Masleics, saudari Maryam telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Disember 2008 yang lepas. Sehubungan dengan ini Masleics telah mengadakan Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Majlis telah diadakan dirumah Penghulu Masleics pada petang Ahad 21 Disember 2008. Dengan ini juga, Masleics mengucapkan Takziah kepada saudari Maryam dan keluarga. Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Allahyarham bapa beliau. Amin.

Sekian.

Sunday, 14 December 2008

Gotong Royong Pindah Rumah

Saudara-saudara Masleics telah meluangkan masa membantu proses perpindahan rumah Saudara Ghazali dari rumah lama di 138 Berners Street ke rumah baru di 8 Haddon Street. Alhamdulillah dengan bantuan ahli-ahli Masleics, proses perpindahan dan angkat barang berjalan dengan lancar dan efisyen . Selepas angkat barang, seperti biasa kami telah dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap oleh Tuan Rumah. Terima Kasih diucapkan.

Rumah Terbuka & Ceramah Ilmu

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, Masleics bertuah kerana dapat mendengar ceramah ilmu sambil menghadiri rumah terbuka di rumah saudara Dr. Shahrul. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin yang kini merupakan pelajar PHD di Lampeter, Wales. Ustaz Zaharuddin memang tidak asing lagi di Malaysia kerana kerap muncul memberikan ceramah ilmu dan juga mempunyai laman web ilmu yang terkenal http://www.zaharuddin.net/.

Ceramahnya yang bertajuk pengurusan kewangan Islam memang menarik dan mendapat sambutan ahli-ahli Masleics terutamanya semasa sesi soal jawab. Insyaallah program-program ilmu sebegini diharapkan dapat diadakan dari semasa ke semasa untuk pengisian rohani ahli-ahli Masleics.

Sunday, 7 December 2008

Hari Raya Aidiladha 1429H/2008

Assalamualaikum,

Sehubungan dengan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang, berikut adalah tentatif program bagi hari tersebut:

Lokasi: 25 Shipley Road
Tarikh: 081208
Masa: 8.30 pagi

1. 8.30 pagi - Pintu rumah dibuka untuk ahli-ahli MASLEICS
2. 8.35 pagi - Para ahli MASLEICS mengambil tempat
3. 8.35 pagi - 8.55 pagi - Takbir dan tahmid oleh ahli-ahli MASLEICS yang hadir
4. 8.55 pagi - 9.00 pagi - Peringatan cara menyempurnakan sembahyang sunat hari raya aidiladha oleh Ustaz Nisar.
5. 9.00 pagi - 9.30 pagi - Sembahyang sunat hari Raya Aidiladha dan Khutbah
6. 9.35 pagi - 12.00 tgh - Jamuan hari raya dan bersurai

Perkara sampingan

1. Sukacita diingatkan untuk ahli MASLEICS yang ingin turut serta untuk datang awal agar kita boleh memulakan Majlis pada masa yang telah dirancangkan. Bertimbang rasalah kepada mereka yang datang awal tetapi terpaksa menunggu lama untuk majlis dimulakan.
2. Jamuan makan akan diadakan di halaman belakang rumah, jadi saya memohon bantuan daripada saudara-saudara MASLEICS untuk datang memasang kanopi pada hari AHAD 071208 sekitar pukul 3.00 ptg.
3. Mereka yang ingin turut serta digalakkan untuk membawa juadah secara ala kadar untuk kita sama-sama berkongsi menikmatinya.
4. Insyaallah sembahyang sunat hari raya akan di imamkan oleh Ustaz Nisar.

Semoga Allah memberkati majlis yang dirancangkan ini.

Wassalam

MASLEICS 2008/2009

Thursday, 25 September 2008

Logo MASLEICS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan usaha oleh saudara Budil dan Pn. Husni, terciptalah logo MASLEICS yang cun melecun dan boleh dilihat di laman web MASLEICS.

2. Dengan ini MASLEICS merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada kedua-dua individu tersebut kerana telah mencuba sebaik mungkin untuk mencipta logo yang menjadi identiti kepada Persatuan Pelajar Melayu Leicester.

3. Insyaallah rajin-rajinlah berkunjug ke laman web kita dan sumbanglah sedaya mungkin kalau tuan-tuan dan puan-puan mempunyai artikel dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama untuk kebaikkan semua ahli MASLEICS.

4. MASLEICS 2008/2009 juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK MASLEICS yang terdahulu daripada semenjak MASLEICS ditubuhkan (saya tak pasti bila) dan kini menjadi wadah bagi semua pelajar Melayu yang datang ke Leicester bernaung dan menuai segala manfaat hasil dari kewujudan MASLEICS. Insyaallah MASLEICS akan terus berbakti kepada semua yang memerlukan dan marilah kita sama memberi dan sama merasa kerana MALSEICS tidak dapat berdiri hanya dengan AJKnya sahaja tetapi sokongan padu daripada ahli-ahli MASLEICSlah yang menjadikan persatuan ini berjaya.

Sekian

terima kasih
MASLEICS 2008/2009