Tuesday 1 September 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Masleics

8 Ogos 2009

Pada 8 Ogos yang lepas Mesyuarat Agung Masleics 2009 diadakan di rumah saudara Adam Rizal Azwar di 97 Rowsley Street. Mesyuarat ini diadakan adalah bagi memilih ahli jawatankuasa baru Masleics untuk sesi 2009/2010. Alhamdulillah proses pengundian berjalan lancar dengan semangat kekeluargaan Masleics yang terjalin sejak sekian lama. Senarai ahli jawatan kuasa baru bagi tahun 2009/10 adalah seperti berikut:

Penghulu: Saudara Mahyudin Ahmad
Setiausaha: Saudara Muhammad Firhat Othman
Bendahari: Saudara Ghazali Abu
AJK Kebajikan: Saudara Saypul Bahtiar Ruslan dan Saudara Mohd Suffian Taufik
AJK Penempatan/Perumahan: Saudara Azhar Saad dan Saudara Rosli Omar
AJK Agama/Kerohanian: Saudara Zaime Kharis Zainuddin dan Saudara Nisar Mohammad Ahmad
AJK Sukan: Saudara Adam Rizal Azwar dan Saudara Mohd Farid Muhammad Said
AJK Wanita: Saudari Intan Zanariah Zakariah dan Saudari Noor Asmin Mohammad Khassim

Mudah-mudahan dengan pemilihan AJK baru ini segala program dan aktiviti Masleics dapat dirancang dan dilaksanakan dengan baik dengan penuh semangat kekeluargaan. Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada AJK sesi 2008/09 yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan dan penuh berdedikasi.

Rihlah Perdana di Brixworth Country Park

Ahad, 31 Mei 2009






Setelah sekian lama Masleics tidak mengadakan perjumpaan sesama ahli dek kerana kesibukan dan komitmen terhadap pelajaran dan keluarga pada 31 Mei, satu perkelahan diadakan bertempat di Brixworth Country Park, Northamptonshire. Tapak perkelahan ini terletak lebih kurang 26 batu di selatan Leicester atau 50 minit perjalanan menggunakan kereta. Di situ terdapat sebuah tasik buatan manusia yang dipanggil Pitsford Water, destinasi yang popular untuk penggemar sukan kapal layar.

Perkelahan kali ini disertai oleh hampir keseluruhan anggota keluarga Masleics menjadikan ia seolah-olah mini hari keluarga Masleics. Sepanjang masa perkelahan cuaca begitu cerah dan baik sekali membolehkan berbagai aktiviti riadah seperti berbasikal, bolasepak dan berjalan kaki diadakan.

Tuesday 10 March 2009

Terkini ! Warga Baru Masleics

Alhamdulillah, MASLEICS baru sahaja menerima kedatangan Ustaz Zaharuddin sekeluarga ke Leicester baru-baru ini. Beliau telah selamat berpindah dari Lampeter, Wales ke Leicester pada 7/3/09.

MASLEICS dengan ini mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Zaharuddin sekeluarga dan semoga beliau dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Leicester. InsyaAllah, diharapkan dengan kedatangan beliau akan merancakkan lagi aktiviti usrah dan majlis ilmu Masleics.

MASLEICS 2008/2009

Thursday 19 February 2009

Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana bersama Ust Erfino Johari, Atache Agama Jabatan Penuntut Malaysia London

Alhamdulillah, setelah mendapat pengesahan daripada Ustaz Erfino , Insyaallah beliau akan hadir ke Leicester pada tarikh yang telah ditetapkan untuk Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana yang telah dirancangkan.

2. Berikut adalah tentatif atur cara untuk Majlis tersebut. Sekiranya ada sebarang perubahan, ianya akan dimaklumkan didalam masa terdekat.

Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana bersama Ust. Erfino Johari, Atache Agama Jabatan Penuntut Malaysia London
Tempat : Dewan kuliah universiti (LT1, KEN EDWARDS, management building)
Masa : 1700-2100
Tarikh : 21 Februari 2009
Hari : Sabtu
Anjuran : MASLEICS & LUMS

Tentatif (tertakluk kepada perubahan)

1700-1728 : Kehadiran tetamu dan pelajar Malaysia di Leicester
1729 : Solat Maghrib berjamaah (surau Universiti)
1800-1810 : Ucapan aluan pengerusi Majlis (di kalangan ahli LUMS)
1810-1825 : Ucapan aluan Penghulu Masleics
1825-2000 : Ceramah dan Q&A bersama Ust Erfino Johari.
2015-2030 : Taaruf ringkas warga Masleics & Lums (sekiranya possible)
2030-2059 : Makan Malam
2100 : Bersurai


3. Ustaz Erfino juga bersedia untuk menjawab sebarang kemusykilan (politik semasa tanah air, sosial, atau apa-apa permasalahan yang ingin diajukan).

4. Diharapkan semua warga MASLEICS & LUMS dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Segala kerjasama yang diberikan adalah sangat-sangat dihargai dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian Wassalam

MASLEICS 2008/2009

Tuesday 17 February 2009

Tahniah ! Penghulu Masleics mendapat cahayamata..

Tahniah diucapkan kepada Tok Penghulu Masleics, saudara Murizal kerana baru mendapat cahayamata yang kelima baru-baru ini. Beliau mendapat baby boy yang telah selamat dilahirkan pada tepat jam 11.50pm, 16 Februari 2009. Alhamdulliah semuanya berjalan lancar dan baby serta ibunya dibenarkan pulang pada pagi 17 Februari 2009.

Diharapkan dengan baby baru ini akan membawa keberkatan dan kesejahteraan kepada keluarga Tok Penghulu khususnya dan Keluarga Masleics Am nya. Dengan lahirnya baby ini bukan sehaja ahli keluarga Penghulu bertambah tetapi secara automatik keluarga Masleics juga telah bertambah.

Masleics 2008/2009.

Wednesday 7 January 2009

Warga Baru MASLEICS

Alhamdulillah, Masleics telah menerima kehadiran warga baru yang tiba baru-baru ini. Saudara Mahyudin sekeluarga telah ditiba pada 23 /12 /08 dan seterusnya Saudara Suhaidi & Isteri tiba pada 31/12/08. Yang terkini, Saudara Adam sekeluarga telah selamat tiba pada 6/1/09.
Dengan adanya warga baru ini, dengan secara rasminya ahli keluarga Masleics telah bertambah.

Masleics ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Datang ke Leicester dan Selamat Maju Jaya di dalam menuntut ilmu dan menjalani kehidupan di UK.