Showing posts with label Makluman. Show all posts
Showing posts with label Makluman. Show all posts

Wednesday, 24 November 2010

Tiada Sessi Tazkirah Hari Ini...

Untuk makluman semua pengunjung, sessi Tazkirah Online Masleics pada minggu ini akan ditangguhkan ke minggu hadapan kerana penceramah tetap kita, saudara Ustaz Izzam baru sahaja menimang cahaya mata baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada beliau dan keluarga.

Sekian, harap maklum....

Monday, 18 October 2010

Tips import kereta dari UK ke Malaysia (AP)

Import kereta

Sesiapa yang berkeinginan membawa kereta dari luar negara ke Malaysia hendaklah membeli kereta selain yang berkeadaan baik hendaklah juga mememenuhi ciri-ciri berikut sekiranya inginkan cukai kereta yang lebih rendah yang dikenakan oleh pihak kastam Malaysia.
Dibawah adalah diantara list yang kena patuhi:

Syarat wajib

  • Kereta hendaklah digunakan sekurang-kurangnya 9 bulan diluar negara.
  • Kereta hendaklah didaftarkan diluar negara atas nama pemeggang AP.
  • Pemeggang AP mestilah memeggang lesen memandu kereta Malaysia yg belum tamat tempoh.(lesen motosikal adalah tidak diterima pakai)

Tips untuk mendapatkan cukai yang rendah.
  • Beli kereta yang berusia lebih 5 tahun.(disebabkan negara euro ada salji adalah lebih baik check keadaan bawah kereta supaya tiada karat selain luaran kereta kerana mereka menggunakan garam untuk mencairkan salji dan garam adalah punca kereta akan cepat karat......(workshop kat msia dah bagitau kereta recond dari euro kebanyakkanya bawah karat....screw tak boleh bukak...)
  • Kereta hendaklah digunakkan melebihi 2 tahun dari tarikh balik Malaysia.(kalau tak cukup boleh buat backdated)...
  • Beli kereta yg CC rendah ( kurang atau 2 liter).
  • Kereta buatan Jepun lebih murah dari kereta buatan Eropah.
  • Kelemahan/kekuatan duit pengeluar asal kereta juga perlu diambil kira dlm sikit/banyaknya cukai kereta.


Perkara yang perlu dibuat sebelum balik ke Malaysia.

  • Minta BL ( Bill of Landing ) dari agensi yang menguruskan kontena di luar negara.
  • Minta contact agensi di Malaysia ( nama agent, no telephone,alamat dan contact person) dari agensi yang menguruskan kontena diluar negara).
  • Check kunci serial number dan number kontena dan hendaklah ianya sama seperti dalam BOL .
Perkara yang perlu dibuat secepat mungkin bila berada diMalaysia.

  • Tiket kapal terbang pemeggang AP jangan dibuang (akan digunakan kelak)
  • Dapatkan dan daftarkan number hand phone sebeberapa segera (biasanya dlm 30 minit dah boleh aktif --cari kedai h/phone yg terus boleh register online).
  • Contact agensi di Malaysia secepat mungkin untuk urusan kontena,AP dan cukai Kastam dan biasanya agensi ni kan minta contact number kita untuk berurusan.
  • Apply AP terlebih dulu walaupun kontena belum sampai lagi.
Untuk urusan kontena
  • Dokumen yg perlu disertakan (pemeggang AP sahaja)
  1. Kad pengenalan
  2. Pasport
  3. Boarding pass
  4. BL (Bill of Landing)
Tips :Kalau kedudukan rumah dekat dgn agensi boleh by hand kalau jauh dari rumah scan dan email kepada agensi

Untuk apply AP di MITI.
  • Dokumen yang perlu disertakan ( pemeggang AP sahaja)
  1. Surat pendaftaran kereta di luar negara (grant kereta)
  2. Insurance kereta diluar negara
  3. Pasport beserta Visa ( kalau pernah perbarui pasport atau visa sertakan yg lama juga)
  4. Surat dari University mengatakan habis belajar
  5. Boarding Pass
  6. Surat Penajaan
  7. Surat cuti belajar
  8. Lesen memandu kereta yg masih belum tamat tempoh.
  9. Surat jual beli kereta.
  • SEMUA DOKUMEN YANG TELAH DI FOTOSTAT MESTI DI SAHKAN OLEH PEGAWAI KERAJAAN KELAS A.
  • Jika hendak apply AP sendiri tidak melalui agensi bolehlah berbuat demikian dengan mengisi borang JK69 dan surat permohonan apply AP yg boleh didapati/dibuat di Jalan Duta.
  • Dokumen diatas hendaklah diserahkan/pos laju kepada agensi yg menguruskan.
#Urusan apply AP akan memakan masa lebih kurang seminggu waktu berkerja.

Ketibaan kontena

Biasanya agensi akan memberi tahu kita bila kontena akan sampai ke port dan kita ada masa 4 hari dari tarikh kontena sampai untuk clearence.Sekira kita tidak berbuat demikian dlm masa 4 hari maka untuk hari ke5 dan seterusnya akan dikenakan storage charge.
Pastikan menggunakan lori yg bersesuaian dan boleh juga menggunakan lori agent (cost adalah mengikut jarak dan size barang).

Sebelum pergi ke port Klang, tanya agensi hendak pergi ke Pelabuhan mana (utara/selatan dll) dan gate berapa ? (1/2/3 dll).
Orang tua, perempuan (kecuali pemeggang AP) dan kanak-kanak tidak dibenarkan memasuki port disebabkan kawasan berisiko tinggi. ( kena serah i/c utk masuk port).

Selepas kontena dibuka maka borang prosess penilian kastam boleh dihantar beserta AP yang telah lulus.

Urusan Cukai Kastam
(disebabkan pengiraan cukai berbeza dari usia kereta,jenis kereta dll maka agak susah utk membuat penilaian).

  • Dokumen yang perlu disertakan
  1. AP yang telah diluluskan oleh MITI (original)
  2. Surat pendaftaran kereta (grant kereta) diluar negara (original)
#Urusan kastam akan memakan masa lebih kurang 2~3 minggu waktu berkerja.

Dalam process penilaian kastam 2 perkara akan berlaku :
  1. Kastam akan terus memberi 35% ( maksimum diskaun) yang mana tak perlu membuat rayuan lagi.
  2. Jika kastam memberi kurang dari 35%...jadi tertakluk pada kita hendak merayu atau tidak di Putrajaya.
Perkara diatas akan diberitahu oleh agent kita sebelum kita membuat pembayaran cukai dan sekiranya menggunakan agent untuk urusan diatas.
Selepas pembayaran cukai kereta dan port parking charge (RM8/hari) dilakukan kereta boleh le dibawa keluar dari port.

Penting : Sebelum meninggalkan port/agent pastikan anda ada 3 dokumen penting ini.
  1. Pengakuan barang-barang yg diimport (K1)
  2. Permohonan untuk lesen import (JK69)
  3. Pendaftaran kereta luar negara(grant kereta)
  4. dokumen2 semasa apply AP biasanya Miti dan agent akan serahkan balik (tapi dokumen ini tidak penting......tapi jgn buang ler...mungkin guna mungkin tidak...case by case).

Tips : Pembayaran cukai kereta eloklah menggunakan Bank Draf (atas nama Pengarah Kastam Negeri) dan storage charge dibayar cash dan kalau bayar cash pastikan duit dikira didepan kita.

Kereta dari port perlu dibawa samada dipandu sendiri tanpa insurance ( risiko tinggi kalau accident) atau ditarik lori ( harga ?????? mengikut jarak boleh tanya kedai kereta) atau pakai flat gantung (tanya kedai kereta).

Urusan JPJ

Sebelum pergi ke JPJ untuk membuat Grant kereta pastikan anda buat 2 perkara ini :
  1. Puspokum (pastikan bawa dokumen K1, JK69,grant kereta uk)
  2. E-daftar (call 03-61424577 begin_of_the_skype_highlighting 03-61424577 end_of_the_skype_highlighting Drosstech Sdn Bhd utk langkah selanjutnya ) tunggu email untuk dokumen yg diperlukan untuk mendapatkan borang JPJK1 (diperkenalkan dlm beberapa bln lalu).
  • Print borang JPJK1 2 keping dan tanda tangan oleh pemeggang AP
Selepas itu pergi ke JPJ untuk membuat Grant kereta dan road tax.
Pastikan membawa dokumen berikut :
  • K1
  • JK69
  • Grant kereta (luar negara)
  • JPJK1
  • Puspokum
  • I/C pemeggang AP ( jika pemeggang AP tidak hadir perlu fotostat I/C wakilnya)
  • Surat tawaran no pendaftaran(no tempah/no cantik) dan resit pembayaran ( jika ada)....
# Ini adalah utk pendaftaran kereta (flat kereta ) running number sahaja dan kalau nombor tempah sila dapatkannya sebelum membuat grant kereta.

Selesai dapat Grant kereta, buat insurance kereta dan selepas itu buat road tax dan selesai urusan diJPJ dan selepas itu pergi buat flat kereta dan SELESAI......


KOS

1) Clearence barang sahaja= RM1490** (dibayar pada agen)
- Dokumen : RM30
-Goverment tax : RM3
-EDI/SMK Fee : RM37
-Forwarding fee : RM30
-B/L, Delivery charges : RM640
-Agency Fee : RM300
-MT back charge : RM450

2) Clearance kereta sahaja = RM700** (dibayar pada agen) sekiranya membawa kereta.
-Dokumen : RM30
-Forwarding fee : RM30
-Goverment tax : RM3
-EDI/SMK : RM37
-Agency fee : RM600
#storage charge(??... jumlah hari x RM8) dan AP ????? **

3)Kastam tax calculation ( terlalu subjektif)

4)Puspokum = RM20 ~ RM50

5) e-daftar = RM50

6)JPJ =RM 300 (utk grant kereta) ***

7)Insurance ( mengikut nilai pasaran atau berapa nak cover) = cover RM80k dlm RM2400 / 50k dlm RM1600.

8)Road tax ( mengikut CC kereta) contoh kereta MPV CC 2.0 setahun dlm RM360 dan 6 bulan dlm RM 180.

9)Flat kereta dlm RM 60 ~ RM 150.

** diuruskan oleh agent jika buat sendiri tak tahu costnya.
*** untuk harga grant kereta sahaja dan no flat adalah running no, tidak termasuk harga flat tempah.

Sekiranya anda membawa kereta dan barang cost no 1 hingga 8 boleh diambil kira tetapi sekiranya anda membawa kereta sahaja jadi cost no 2 hingga 8 diambil kira.
sekiranya anda membawa barang sahaja jadi cost no 1 sahaja.


Peringatan : Perkara atau cost diatas adalah dari pengalaman saya sendiri pada tahun sept 2010 dan mungkin akan berbeza-beza mengikut tempat dan keadaannya.Walaubagaimana pun kemungkinan besar tidak le terlalu jauh berbeza dan ianya boleh le dijadikan rujukan tapi jangan le diambil 100%.



Monday, 6 September 2010

Tazkirah Online (Siri 3)



Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk posting sebelumnya: Tatacara Program Tazkirah Online.

InsyaAllah, Program Tazkirah ini juga akan dapat diikuti melalui saluran Nur Ramadhan di Ustream TV.

Sila klik link disertakan dibawah untuk terus ke paparan Nur Ramadhan.
http://www.ustream.tv/channel/nur-ramadhan

Monday, 23 August 2010

Tazkirah Online Masleics

Tatacara ProgramTazkirah Online

Assalamualaikum wbt,

InsyaAllah, Tazkirah Online Masleics melalui medium Skype akan dimulakan pada minggu ini. Diharapkan ianya dapat menjadi medium untuk kita mendapat secebis ilmu sebagai santapan rohani, disamping menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan pada tahun ini.

Sekiranya tiada aral melintang dan semuanya berjalan lancar, Program sulung akan ke udara tepat jam 6.30pm - 25 Ogos 2010.

Berikut adalah prosedur/tatacara untuk mengikuti program yang tersebut :

1. Untuk peringkat permulaan, Tazkirah online ini akan dijalankan setiap hari Rabu bermula dari 6.30pm- 7.00pm. Tazkirah akan dirakamkan supaya boleh diulang dengar buat rakan-rakan yang tidak dapat mengikuti sesi ini.

2. Bagi sesi pertama akan disampaikan oleh Ustaz Muhd. Izzam Muhd. Khazar. Ianya akan dijalankan secara audio conferencing dimana terdapat interaksi secara terus diantara Pentazkirah dengan Audience.

3. Kepada sesiapa yang belum mempunyai account skype, bolehlah mendaftarnya di https://login.skype.com/account/signup-form?application=download&return_url=http://www.skype.com/go/downloading

4. Setelah mendaftar, skype client software boleh didapati di http://www.skype.com/go/downloading

5. Sila add ID berikut sebagai contact yang akan bertindak sebagai host/moderator dari semasa ke semasa:-

Abwayman
Adamrizala
Faiz_kj
Zaime_kz

Tips : From skype menu ---> contacts ---> new contact

6. Sila Log in ke account skype masing-masing untuk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tazkirah berlangsung. Ini akan memudahkan host atau moderator mengira bilangan audience dan seterusnya melakukan proses invite sejurus sebelum bermula.

7. Proses conference akan bermula sebaik sahaja masing-masing click button ‘accept’.

8. Untuk kelancaran dan bagi mengelakkan gangguan bunyi, hanya Pentazkirah dan Moderator sahaja yang akan bercakap dari semasa ke samasa.

9. Mohon kerjasama semua pihak ‘mute’ microfon anda kecuali yang ingin bertanyakan soalan.

Tips: From skype menu (Semasa conference berjalan) ---> call ---> mute/unmute microphone

10. Sekiranya berlaku sebarang masalah dan pertanyaan sila majukan kepada moderator.

11. Semoga program ini akan sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.

Tuesday, 10 March 2009

Terkini ! Warga Baru Masleics

Alhamdulillah, MASLEICS baru sahaja menerima kedatangan Ustaz Zaharuddin sekeluarga ke Leicester baru-baru ini. Beliau telah selamat berpindah dari Lampeter, Wales ke Leicester pada 7/3/09.

MASLEICS dengan ini mengucapkan selamat datang kepada Ustaz Zaharuddin sekeluarga dan semoga beliau dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Leicester. InsyaAllah, diharapkan dengan kedatangan beliau akan merancakkan lagi aktiviti usrah dan majlis ilmu Masleics.

MASLEICS 2008/2009

Thursday, 19 February 2009

Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana bersama Ust Erfino Johari, Atache Agama Jabatan Penuntut Malaysia London

Alhamdulillah, setelah mendapat pengesahan daripada Ustaz Erfino , Insyaallah beliau akan hadir ke Leicester pada tarikh yang telah ditetapkan untuk Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana yang telah dirancangkan.

2. Berikut adalah tentatif atur cara untuk Majlis tersebut. Sekiranya ada sebarang perubahan, ianya akan dimaklumkan didalam masa terdekat.

Majlis Ramah Mesra dan Ceramah Perdana bersama Ust. Erfino Johari, Atache Agama Jabatan Penuntut Malaysia London
Tempat : Dewan kuliah universiti (LT1, KEN EDWARDS, management building)
Masa : 1700-2100
Tarikh : 21 Februari 2009
Hari : Sabtu
Anjuran : MASLEICS & LUMS

Tentatif (tertakluk kepada perubahan)

1700-1728 : Kehadiran tetamu dan pelajar Malaysia di Leicester
1729 : Solat Maghrib berjamaah (surau Universiti)
1800-1810 : Ucapan aluan pengerusi Majlis (di kalangan ahli LUMS)
1810-1825 : Ucapan aluan Penghulu Masleics
1825-2000 : Ceramah dan Q&A bersama Ust Erfino Johari.
2015-2030 : Taaruf ringkas warga Masleics & Lums (sekiranya possible)
2030-2059 : Makan Malam
2100 : Bersurai


3. Ustaz Erfino juga bersedia untuk menjawab sebarang kemusykilan (politik semasa tanah air, sosial, atau apa-apa permasalahan yang ingin diajukan).

4. Diharapkan semua warga MASLEICS & LUMS dapat memberikan kerjasama untuk menjayakan majlis ini. Segala kerjasama yang diberikan adalah sangat-sangat dihargai dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian Wassalam

MASLEICS 2008/2009

Wednesday, 7 January 2009

Warga Baru MASLEICS

Alhamdulillah, Masleics telah menerima kehadiran warga baru yang tiba baru-baru ini. Saudara Mahyudin sekeluarga telah ditiba pada 23 /12 /08 dan seterusnya Saudara Suhaidi & Isteri tiba pada 31/12/08. Yang terkini, Saudara Adam sekeluarga telah selamat tiba pada 6/1/09.
Dengan adanya warga baru ini, dengan secara rasminya ahli keluarga Masleics telah bertambah.

Masleics ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Datang ke Leicester dan Selamat Maju Jaya di dalam menuntut ilmu dan menjalani kehidupan di UK.

Sunday, 21 December 2008

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil

Sepertimana yang sedia maklum bapa salah seorang ahli Masleics, saudari Maryam telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Disember 2008 yang lepas. Sehubungan dengan ini Masleics telah mengadakan Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Majlis telah diadakan dirumah Penghulu Masleics pada petang Ahad 21 Disember 2008. Dengan ini juga, Masleics mengucapkan Takziah kepada saudari Maryam dan keluarga. Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Allahyarham bapa beliau. Amin.

Sekian.

Sunday, 7 December 2008

Hari Raya Aidiladha 1429H/2008

Assalamualaikum,

Sehubungan dengan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang, berikut adalah tentatif program bagi hari tersebut:

Lokasi: 25 Shipley Road
Tarikh: 081208
Masa: 8.30 pagi

1. 8.30 pagi - Pintu rumah dibuka untuk ahli-ahli MASLEICS
2. 8.35 pagi - Para ahli MASLEICS mengambil tempat
3. 8.35 pagi - 8.55 pagi - Takbir dan tahmid oleh ahli-ahli MASLEICS yang hadir
4. 8.55 pagi - 9.00 pagi - Peringatan cara menyempurnakan sembahyang sunat hari raya aidiladha oleh Ustaz Nisar.
5. 9.00 pagi - 9.30 pagi - Sembahyang sunat hari Raya Aidiladha dan Khutbah
6. 9.35 pagi - 12.00 tgh - Jamuan hari raya dan bersurai

Perkara sampingan

1. Sukacita diingatkan untuk ahli MASLEICS yang ingin turut serta untuk datang awal agar kita boleh memulakan Majlis pada masa yang telah dirancangkan. Bertimbang rasalah kepada mereka yang datang awal tetapi terpaksa menunggu lama untuk majlis dimulakan.
2. Jamuan makan akan diadakan di halaman belakang rumah, jadi saya memohon bantuan daripada saudara-saudara MASLEICS untuk datang memasang kanopi pada hari AHAD 071208 sekitar pukul 3.00 ptg.
3. Mereka yang ingin turut serta digalakkan untuk membawa juadah secara ala kadar untuk kita sama-sama berkongsi menikmatinya.
4. Insyaallah sembahyang sunat hari raya akan di imamkan oleh Ustaz Nisar.

Semoga Allah memberkati majlis yang dirancangkan ini.

Wassalam

MASLEICS 2008/2009