Assalamu’alaikum wrt wbt,
Untuk
 makluman semua, satu mesyuarat berkaitan dengan sambutan Hari Raya 
Idulfitri 2013 telah diadakan semalam bertempat di rumah Saudara Andy. 
Hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak AJK telah bersetuju untuk 
mengadakan sambutan Hari Raya Idulfitri Masleics 2013 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh   : 1 Syawal 1433H
Tempat : 45 Haddon Street, LE2 0GJ (Rumah Saudara Asrol dan keluarga)
Masa     : 10.30 pagi – 8.30 malam (bagi yang berkelapangan, aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah ahli-ahli Masleics yang lain akan
                  dilakukan selepas waktu solat Zohor)
Untuk makluman, sembahyang raya dilaksanakan di  kawasan kediaman masing-masing.
Diharap
 semua warga Masleics dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan
 lagi sambutan Idulfitri pada tahun ini di samping dapat mengukuhkan 
ukhuwah di kalangan setiap ahli Masleics.
Takbir malam raya
Mana-mana
 ahli Masleics yang berhajat untuk mengadakan takbir malam raya di 
kediaman mereka, sila berhubung dengan saya selewat-lewatnya sebelum 
solat Jumaat.  
Jamuan Aidilfitri
Bersempena
 dengan sambutan aidilfitri pada tahun ini, hidangan utama bagi jamuan 
aidilfitri akan disediakan oleh ahli-ahli Masleics wanita. Bagi tujuan 
tersebut, saudari Rafidah akan menghubungi ahli-ahli Masleics wanita 
dalam masa terdekat untuk pembahagian tugas. Ahli-ahli Masleics juga adalah dialu-alukan untuk membawa potluck  masing-masing. 
Penghargaan kepada AJK Masleics 2012/2013
Saya
 mewakili seluruh warga Masleics ingin mengucapkan jutaan terima kasih 
kepada semua AJK Masleics yang lalu iaitu di bawah pimpinan Saudara Andy
 di atas khidmat bakti yang dicurahkan. Diharap warga Masleics dapat 
memberikan sokongan yang padu kepada  AJK Masleics yang baru di dalam 
melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Cadangan dan pandangan
Sebarang cadangan dan pandangan berkaiatan hal-ehwal Masleics bolehlah diajukan kepada AJK Masleics yang berikut:
1.       Saudara Azhari 
2.       Saudara Andy 
3.       Saudari Rafidah 
Sekian dan terima kasih.
Muhamad Azhari Wahid 
 
No comments:
Post a Comment