Tuesday 30 November 2010

Ceramah Ilmu Dr. Asyraf Wajdi

Masleics berbesar hari menerima kedatangan Dr. Ashraf Wajdi yang sudi memberikan ceramah ilmu di rumah Uzar baru-baru ini. Ceramahnya bertajuk Belanjawan Malaysia 2011, Melayu & Islam di Malaysia. Kebetulan sekarang ni musim salji turun, jadi selepas sesi ceramah dan makan-makan, kami sempat bergambar beramai-ramai dengan berlatar-belakangkan pemandangan bersalji di belakang rumah Uzar.

Wednesday 24 November 2010

Tiada Sessi Tazkirah Hari Ini...

Untuk makluman semua pengunjung, sessi Tazkirah Online Masleics pada minggu ini akan ditangguhkan ke minggu hadapan kerana penceramah tetap kita, saudara Ustaz Izzam baru sahaja menimang cahaya mata baru-baru ini. Tahniah diucapkan kepada beliau dan keluarga.

Sekian, harap maklum....

Saturday 13 November 2010

Perlawanan Bolasepak Persahabatan MML-MASLEICS



Alhamdulillah, pasukan bolasepak Melayu Leicester yang dibarisi oleh gabungan skuad bawah 23tahun (Undergrad) dan skuad senior (Postgrad) berjaya menewaskan pasukan Melayu Loughborough (MML), 3 - 1 pada perlawanan persahabatan petang tadi.

Perlawanan ini telah diadakan di gelanggang lawan yang bertempat di padang bolasepak buatan di dalam kawasan kampus Loughborough University. Pasukan Leicester yang menggunakan formasi 4-4-2 beraksi dengan baik di separuh masa pertama dengan aksi-aksi serangan yang menyakinkan. Hasilnya, Leicester mendahului dengan meledakkan 3 gol sehingga penamat babak pertama.

Sebaik sahaja babak kedua berlangsung, pasukan Loughborough yang lebih banyak mengatur serangan dan berjaya merapatkan jurang dengan gol saguhati. Asakan bertali arus pasukan tuan rumah walaubagaimanapun gagal menjelmakan gol penyamaan yang diharapkan. Percubaan-percubaan bahaya banyak dinafikan dengan ketangkasan penjaga gawang pasukan Leicester dengan dibantu barisan pertahanan yang beraksi dengan baik. Keadaan berterusan sehingga tamat masa permainan dengan keputusan akhir, Leicester 3, Loughborough1.

Walaupun permainan bermula agak lewat, kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Diharapkan perlawanan persahabatan ini akan mengeratkan ukhwah silaturrahim diantara Melayu Leicester dan Loughborough. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Leicester!

Tuesday 2 November 2010

Tazkirah Online (Siri 9)


Tazkirah pada minggu ini akan menggunakan medium skype. Sila add skype ID 'adamrizala' & 'zaime_kz' sebelum tazkirah bermula.

Kepada yang akan mendengar tazkirah ini untuk kali pertama, bolehlah merujuk kepada posting sebelum ini :
Tatacara Tazkirah Online Masleics.