Monday 28 January 2013

Assalamualaikum wrt wbt.

Didoakan sahabat-sahabat Masleics & LUMS sekalian sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT selalu.

Untuk makluman, Majlis Usrah Online yang akan datang adalah seperti berikut:

Hari dan Tarikh : (Selasa) 29 Januari 2013 / 17 Rabi'ul Awwal 1434 H. 
Masa               : 8.00 malam - 9.00 malam
Tempat            : Ustream channel Masleics UK (Klik di sini) dan Paltalk (Voice Room: Masleics UK) 

*Ustream digunakan untuk sesi utama Majlis Usrah, manakala Paltalk akan digunakan untuk sesi soal jawab.
Aturcara:
8.00 pm - Kuliah Hadis Hadith Ke-16 (Jangan Marah)
Ustream dan Voice room Masleics UK akan mula dibuka 10 minit sebelum Majlis Usrah. Sebarang masalah berkenaan persediaan Ustream dan Paltalk Messenger, sila hubungi saya.

Saya doakan agar sahabat-sahabat dikurniakan Allah SWT masa lapang dan dapat turut serta dalam Majlis Usrah ini. 

Untuk usrah akan datang, sekiranya ada ahli-ahli yang berhajat untuk mengadakan Majlis Usrah di rumahnya, bolehlah memaklumkan perkara tersebut kepada mana-mana AJK Masleics.

Terima kasih. 

No comments: