Saturday 13 November 2010

Perlawanan Bolasepak Persahabatan MML-MASLEICS



Alhamdulillah, pasukan bolasepak Melayu Leicester yang dibarisi oleh gabungan skuad bawah 23tahun (Undergrad) dan skuad senior (Postgrad) berjaya menewaskan pasukan Melayu Loughborough (MML), 3 - 1 pada perlawanan persahabatan petang tadi.

Perlawanan ini telah diadakan di gelanggang lawan yang bertempat di padang bolasepak buatan di dalam kawasan kampus Loughborough University. Pasukan Leicester yang menggunakan formasi 4-4-2 beraksi dengan baik di separuh masa pertama dengan aksi-aksi serangan yang menyakinkan. Hasilnya, Leicester mendahului dengan meledakkan 3 gol sehingga penamat babak pertama.

Sebaik sahaja babak kedua berlangsung, pasukan Loughborough yang lebih banyak mengatur serangan dan berjaya merapatkan jurang dengan gol saguhati. Asakan bertali arus pasukan tuan rumah walaubagaimanapun gagal menjelmakan gol penyamaan yang diharapkan. Percubaan-percubaan bahaya banyak dinafikan dengan ketangkasan penjaga gawang pasukan Leicester dengan dibantu barisan pertahanan yang beraksi dengan baik. Keadaan berterusan sehingga tamat masa permainan dengan keputusan akhir, Leicester 3, Loughborough1.

Walaupun permainan bermula agak lewat, kedua-dua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Diharapkan perlawanan persahabatan ini akan mengeratkan ukhwah silaturrahim diantara Melayu Leicester dan Loughborough. Tahniah sekali lagi kepada pasukan Leicester!

3 comments:

Badrul said...

Bagus aktiviti begini bagi mengeratkan silaturahim antara masyarakat Melayu di UK, secara tidak langsung rantaian umah umat islam. Tahniah kpd penghulu....organise pula game dgn team Oxford.Tahniah

Adam Azwar said...

Salam Bad, Alhamdulillah, AJK Sukan kami dgn AJK Sukan Loughboro yg organize. Oxford boleh la berlatih betul2 dan jemput kami. :-)

Rashdan said...

Salam, Bila leicester nak jemput timbal balik perlawanan bolasepak dgn loughborough ni?