Wednesday 24 September 2008

Tetamu Masleics

Tuan Hj Azmil Mustapha.
Pada 10 Sept tempohari, Masleics bertuah kerana telah menyambut kedatangan seorang tetamu yang sangat dikenali ramai. Dahulu beliau dikenali kerana kegiatan seninya dan amat terkenal dengan beberapa buah filem disekitar tahun '80an. Sekarang, beliau turut terkenal kerana raut wajah dan penampilannya yang warak dan susunan kata-katanya yang lebih menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
Beliau adalah Tuan Hj Azmil Mustapha. Tak perlu rasanya diimbas zaman kegemilangan beliau kerana umum mengetahui apakah gelaran yang pernah beliau sandang suatu ketika dulu. Selepas berlepas dari Ireland, kedatangan Tuan Hj Azmil bertujuan untuk menjalankan siri penggambaran 'Ramadhan di UK', yang mana Leicester merupakan sebahagian dari destinasinya. Leicester dipilih oleh Tuan Hj Azmil kerana terkenal dengan penduduk Muslim yang ramai, masjid yang mudah ditemui dimana-mana, makanan halal yang amat mudah diperolehi dan tidak ketinggalan, terdapat serumpun komuniti Melayu Islam dari Malaysia tinggal disini.
Walaupun penggambaran tidak dapat dilakukan dengan lancar seperti yang dirancangkan kerana jadual persinggahan beliau yang begitu pendek, warga Masleics sangat bertuah kerana beliau dapat bersama-sama berbuka puasa dan mendirikan solat tarawikh bersama. Yang paling penting, warga Masleics dapat mendengar tazkirah dan berkongsi ilmu dengan beliau. Warga Masleics juga tidak ketinggalan untuk beramah-mesra dengan beliau, yang ketika ini tinggal di Damsyik, Syria bersama anak-anak kerana menuntut ilmu agama disana. Aidilfitri ini, katanya, akan disambut bersama saudara-mara di Eropah.
Pertemuan pendek ini begitu dihargai beliau dan beliau berhajat untuk ke Leicester lagi pada tahun hadapan, disamping ingin menikmati hidangan Malaysia sekali lagi, beliau juga ingin meneruskan penggambarannya yang tidak sempat beliau laksanakan pengikut perancangan.

Antara warga Masleics yang hadir.

No comments: