Sunday, 21 December 2008

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil

Sepertimana yang sedia maklum bapa salah seorang ahli Masleics, saudari Maryam telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Disember 2008 yang lepas. Sehubungan dengan ini Masleics telah mengadakan Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Majlis telah diadakan dirumah Penghulu Masleics pada petang Ahad 21 Disember 2008. Dengan ini juga, Masleics mengucapkan Takziah kepada saudari Maryam dan keluarga. Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Allahyarham bapa beliau. Amin.

Sekian.

Sunday, 14 December 2008

Gotong Royong Pindah Rumah

Saudara-saudara Masleics telah meluangkan masa membantu proses perpindahan rumah Saudara Ghazali dari rumah lama di 138 Berners Street ke rumah baru di 8 Haddon Street. Alhamdulillah dengan bantuan ahli-ahli Masleics, proses perpindahan dan angkat barang berjalan dengan lancar dan efisyen . Selepas angkat barang, seperti biasa kami telah dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap oleh Tuan Rumah. Terima Kasih diucapkan.

Rumah Terbuka & Ceramah Ilmu

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, Masleics bertuah kerana dapat mendengar ceramah ilmu sambil menghadiri rumah terbuka di rumah saudara Dr. Shahrul. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin yang kini merupakan pelajar PHD di Lampeter, Wales. Ustaz Zaharuddin memang tidak asing lagi di Malaysia kerana kerap muncul memberikan ceramah ilmu dan juga mempunyai laman web ilmu yang terkenal http://www.zaharuddin.net/.

Ceramahnya yang bertajuk pengurusan kewangan Islam memang menarik dan mendapat sambutan ahli-ahli Masleics terutamanya semasa sesi soal jawab. Insyaallah program-program ilmu sebegini diharapkan dapat diadakan dari semasa ke semasa untuk pengisian rohani ahli-ahli Masleics.

Sunday, 7 December 2008

Hari Raya Aidiladha 1429H/2008

Assalamualaikum,

Sehubungan dengan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang, berikut adalah tentatif program bagi hari tersebut:

Lokasi: 25 Shipley Road
Tarikh: 081208
Masa: 8.30 pagi

1. 8.30 pagi - Pintu rumah dibuka untuk ahli-ahli MASLEICS
2. 8.35 pagi - Para ahli MASLEICS mengambil tempat
3. 8.35 pagi - 8.55 pagi - Takbir dan tahmid oleh ahli-ahli MASLEICS yang hadir
4. 8.55 pagi - 9.00 pagi - Peringatan cara menyempurnakan sembahyang sunat hari raya aidiladha oleh Ustaz Nisar.
5. 9.00 pagi - 9.30 pagi - Sembahyang sunat hari Raya Aidiladha dan Khutbah
6. 9.35 pagi - 12.00 tgh - Jamuan hari raya dan bersurai

Perkara sampingan

1. Sukacita diingatkan untuk ahli MASLEICS yang ingin turut serta untuk datang awal agar kita boleh memulakan Majlis pada masa yang telah dirancangkan. Bertimbang rasalah kepada mereka yang datang awal tetapi terpaksa menunggu lama untuk majlis dimulakan.
2. Jamuan makan akan diadakan di halaman belakang rumah, jadi saya memohon bantuan daripada saudara-saudara MASLEICS untuk datang memasang kanopi pada hari AHAD 071208 sekitar pukul 3.00 ptg.
3. Mereka yang ingin turut serta digalakkan untuk membawa juadah secara ala kadar untuk kita sama-sama berkongsi menikmatinya.
4. Insyaallah sembahyang sunat hari raya akan di imamkan oleh Ustaz Nisar.

Semoga Allah memberkati majlis yang dirancangkan ini.

Wassalam

MASLEICS 2008/2009

Thursday, 25 September 2008

Logo MASLEICS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan usaha oleh saudara Budil dan Pn. Husni, terciptalah logo MASLEICS yang cun melecun dan boleh dilihat di laman web MASLEICS.

2. Dengan ini MASLEICS merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada kedua-dua individu tersebut kerana telah mencuba sebaik mungkin untuk mencipta logo yang menjadi identiti kepada Persatuan Pelajar Melayu Leicester.

3. Insyaallah rajin-rajinlah berkunjug ke laman web kita dan sumbanglah sedaya mungkin kalau tuan-tuan dan puan-puan mempunyai artikel dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama untuk kebaikkan semua ahli MASLEICS.

4. MASLEICS 2008/2009 juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK MASLEICS yang terdahulu daripada semenjak MASLEICS ditubuhkan (saya tak pasti bila) dan kini menjadi wadah bagi semua pelajar Melayu yang datang ke Leicester bernaung dan menuai segala manfaat hasil dari kewujudan MASLEICS. Insyaallah MASLEICS akan terus berbakti kepada semua yang memerlukan dan marilah kita sama memberi dan sama merasa kerana MALSEICS tidak dapat berdiri hanya dengan AJKnya sahaja tetapi sokongan padu daripada ahli-ahli MASLEICSlah yang menjadikan persatuan ini berjaya.

Sekian

terima kasih
MASLEICS 2008/2009

Wednesday, 24 September 2008

Celoteh "ATUK"

Assalamualaikum;

http://www.youtube. com/watch? v=fZYFZyJL_ Jk&feature=related

1. "Hampa mengkala nak tidoq lena, masa nilah, tidoqlah puaih-puaih, esok kalau dah ada anak, jangan haraplah nak boleh tidoq lena" (baca dalam loghat utara pekat). Masih terngiang-ngiang bait-bait diatas yang dituturkan oleh bonda dan bonda mertua dan nenda atuk masa mula berkahwin dulu. Mula-mula memanglah buat donno tetapi orang tua memang banyak pengalaman. Terbukti ianya adalah benar belaka.

2. Kita juga biasa mendengar bagaimana sikar sabar dan tolak ansur itu penting didalam kehidupan berkeluarga. Di saat mempunyai anak kecil inilah kita dapt melihat sikap sabarnya seorang ayah dan siibu memang bersikap tidak sabar serta sikap "tolak" yang tak ada ansurnya seorang ayah. Sabarnya siayah kerana masih dapat menarik selimut dan membatukan diri bila anak kecil bangun dan menangis ditengah malam dan membiarkan siibu keseorangan menguruskan anak kecil tersebut. Semuanya di"tolak" kepada siibu.

3. Alhamdulillah setelah jenuh menunggu, semuanya telah berakhir dengan selamat. Mula sorang dah tu berdua dan akhirnya bertiga dan ada yang dah berenam dan akhirnya dah bertujuh. Teringat lagu dendangan SM Salim (dulu lain sekarang lain)(Kaf, Ha, wau, ya, nun = Kongsi hidup waktu yang nikmat, dahulu singgit makan sorang, sekarang singgit makan 2 orang, kalau benih baik singgit makan 5 orang , tapi tak apa rezeki anak ada). TAHNIAH DARI ATUK SEKELUARGA BUAT KEDUA-DUA KELUARGA YANG BERTUAH INI. Kami juga menawarkan kepada mana-mana keluarga bertuah ini yang tidak mempunyai ruang/tanah lapang untuk menanam tembuni dari proses kelahiran ini boleh memilih ruang depan atau belakang 25 shipley road untuk tujuan itu.

4, Alhamdulillah sekali lagi, tahun ini atuk dapat 2 orang cucu, tahun depan tak tau lagi berapa yang nak mai. Kalu masa tok penghulu Tamat dulu, lagi meriah dia dapat 5 cucu, masa tok penghulu Nazri, dia tak dapat cucu pun (kesian).

5. Tak ketingggalan juga gembira melihat semua ahli MASLEICS berlumba-lumba untuk menghulur bantuan dan pertolongan kepada kedua-dua keluarga bertuah ini baik dari segi moral dan material. Hanya dalam tempoh sekelip mata, carta lagu-lagu popular MASLEICS berjaya dipenuhkan. Kalau nak tahu pemenangnya nanti bolehlah bertanyakan kepada kedua-dua keluarga bertuah ini, "lagu" mana yang berjaya menduduki tempat pertama. Ttp atuk percaya semuanya adalah pemenang. Insyaallah segala pertolongan yang diberikan dgn ikhlas terlebih lagi memberi makan orang yang berpuasa (semasa berbuka) semasa bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah swt.

6. Adapun mereka yang tidak dapat bersama-sama memeriahkan carta lagu-lagu popular ini, tak perlulah gundah gulana. Ingatan dan doa untuk kesejahteraan keluarga bertuah ini juga sudah memadai.

7. Dalam pada kita bergembira, kita juga sepatutnya merasa sedih kerana bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini semakin tiba ke penghujungnya. Adalah menjadi harapan atuk akan kita semua telah berjaya mendidk diri kita di dalam madrasah Ramadhan ini dan kita semua dapat meneruskan amalan-amalan menbaca alquran dan bangun malam untuk bertahajjud dan meneruskan amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan yang lain. Kita pun tak tahu adakah kita sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini dan adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan di tahun tahun yang mendatang.

8. Tak lupa juga, tunaikanlah kewajipan zakat fitrah untuk tahun ini. Walaupun MASLEICS membuka kaunter zakat fitrahnya sendiri (kadar £2/sorang, boleh dibayar kepada bendahari atau saudara Ghazali), tidak menjadi halangan pada mana-mana ahli MASLEICS yang ingin membayar kepada pihak lain atas pilihan sendiri. Insyaallah MASLEICS akan menggunakan bayaran zakat ini untuk memberikan saguhati kepada guru agama yang mengajar kelas agama anak-anak MASLEICS.

Sekian dahulu celoteh atuk. Maaf kalau agak panjang untuk dibaca. Sehingga bertemu lagi

Wassalam

"ATUK"

Tetamu Masleics

Tuan Hj Azmil Mustapha.
Pada 10 Sept tempohari, Masleics bertuah kerana telah menyambut kedatangan seorang tetamu yang sangat dikenali ramai. Dahulu beliau dikenali kerana kegiatan seninya dan amat terkenal dengan beberapa buah filem disekitar tahun '80an. Sekarang, beliau turut terkenal kerana raut wajah dan penampilannya yang warak dan susunan kata-katanya yang lebih menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
Beliau adalah Tuan Hj Azmil Mustapha. Tak perlu rasanya diimbas zaman kegemilangan beliau kerana umum mengetahui apakah gelaran yang pernah beliau sandang suatu ketika dulu. Selepas berlepas dari Ireland, kedatangan Tuan Hj Azmil bertujuan untuk menjalankan siri penggambaran 'Ramadhan di UK', yang mana Leicester merupakan sebahagian dari destinasinya. Leicester dipilih oleh Tuan Hj Azmil kerana terkenal dengan penduduk Muslim yang ramai, masjid yang mudah ditemui dimana-mana, makanan halal yang amat mudah diperolehi dan tidak ketinggalan, terdapat serumpun komuniti Melayu Islam dari Malaysia tinggal disini.
Walaupun penggambaran tidak dapat dilakukan dengan lancar seperti yang dirancangkan kerana jadual persinggahan beliau yang begitu pendek, warga Masleics sangat bertuah kerana beliau dapat bersama-sama berbuka puasa dan mendirikan solat tarawikh bersama. Yang paling penting, warga Masleics dapat mendengar tazkirah dan berkongsi ilmu dengan beliau. Warga Masleics juga tidak ketinggalan untuk beramah-mesra dengan beliau, yang ketika ini tinggal di Damsyik, Syria bersama anak-anak kerana menuntut ilmu agama disana. Aidilfitri ini, katanya, akan disambut bersama saudara-mara di Eropah.
Pertemuan pendek ini begitu dihargai beliau dan beliau berhajat untuk ke Leicester lagi pada tahun hadapan, disamping ingin menikmati hidangan Malaysia sekali lagi, beliau juga ingin meneruskan penggambarannya yang tidak sempat beliau laksanakan pengikut perancangan.

Antara warga Masleics yang hadir.

Monday, 22 September 2008

Lagi ahli Masleics mendapat cahayamata

Warga Masleics ingin mengucapkan tahniah juga kepada Saudara Ghazali dan Kak Anita sempena kelahiran cahayamata yang ke-5. Bayi lelaki bertuah itu disambut pada pukul 11.10 pagi. Semoga ibu dan anak dalam sihat sejahtera.

Masleics 2008

Ahli Masleics mendapat cahayamata

Warga Masleics ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nisar dan Dr Aini sempena kelahiran yang pertama dan mendapat bayi lelaki pada pukul 12.31 malam tadi (22 Sept 2008). Semoga dengan kelahiran bayi ini bertambah-tambah lagi keberkatan hidup mereka dan murah rezeki.

Masleics 2008

Sunday, 21 September 2008

Perkembangan semasa

1. Alhamdulillah sukacita dimaklumkan bahawa mungkin dalam jangkamasa terdekat, InsyaAllah MASLEICS akan menerima ahli "baru" daripada ayah dan ibu "baru".

2. Menurut maklumat mutakhir yang diterima pada pukul 12.22 pm tadi, ust. Nisar dan isteri dalam perjalanan ke LRI.

3. Marilah kita sama-sama mendoakan agar di permudahkan oleh ALLAH swt akan urusan mereka dan semuanya berakhir dengan selamat.

4. Untuk itu saya menyeru kepada semua ahli MASLEICS yang ingin turut menumpang kebahagiaan keluarga bertuah ini dengan secara suka rela ingin menyediakan makanan seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini.

5. Pilihlah hari yang sesuai untuk setiap keluarga yang ingin turut serta di dalam jadual ringkas di bawah ini.

6. Saya mencadangkan agar bayaran zakat fitrah tahun ini di tetapkan pada kadar £2 satu kepala kerana menurut maklumat yang diperolehi bayaran disekitar Leicester adalah diantara £1.50 - £2.00.

7. Jadual/giliran memasak untuk keluarga yang menimang cahaya mata. (Rujuk Yahoo Group)

Zakat Fitrah tahun Ini

Assalamualaikum wrh wbt,

Penyimpan mohor besar MSD setakat ini tidak menetapkan kadar zakat fitrah tahun ini. Maka semua ahli qariah Masleic diminta membuat survey tentang kadar zakat fitrah di masjid masing2 dan memaklumkan kepada saya untuk kita buat ketetapan nilai zakat fitrah.

Oleh kerana ramai ahli qariah telah bertukar dari beras basmati kepada long grain maka kita mungkin mengambil kadar pertengahan atau terendah bergantung kepada keputusan perbincangan.

InsyaAllah, semua ahli akan dimaklumkan dan kaunter pembayaran dibuka di rumah bendahari Masleic di 3 Derwent Street atau 138 Berners Street selepas pengumuman dibuat. Kaunter tambahan akan dibuka pada setiap majlis berbuka puasa yg mungkin diadakan di rumah ahli (jika ada) sebelum aidilfitri.

Sekian harap maklum.

Ghazali Haji Abu
Biro Agama

Tuesday, 26 August 2008

Program Sepanjang Bulan Ramadhan

InsyaAllah, dalam sedikit masa lagi kita akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadhan Almubarak.

Ramadhan mengajar erti kesabaran dengan mewajibkan umat Islam berpuasa disiang hari disamping memenuhi malam hari dengan Amal Ibadah. Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah. Ramadhan juga adalah bulan dimana turunnya AlQuran dan juga terdapat satu malam yang lebih baik dari Seribu Bulan (Lailatul Qadar).

Bersempena Ramadhan ini, Masleics telah merancang untuk mengadakan beberapa aktiviti bagi menyambut bulan yang mulia ini.

Antaranya :

1- Majlis Berbuka Puasa dan Sembahyang Terawih di rumah ahli setiap minggu
2- Tadarus AlQuran
3- Majlis Khatam AlQuran

Masleics juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Muslimin & Muslimat para pengunjung WebBlog sekalian. Moga-moga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan akan memperolehi Ganjaran dari Nya, InsyaAllah.

Wednesday, 20 August 2008

Sekitar Family Day @ Rutland Water




Video Family Day @ Rutland Water

Part 1



Part 2



Part 3



Part 4



Part 5



Part 6



Part 7

AJK Masleics

Mesyuarat Agung 2008 telah melantik ahli - ahli berikut sebagai AJK baru untuk tahun 2008/2009 :-

Penghulu :

Saudara Murizal Zainol

Setiausaha :

Saudara Nisar Mohammad Ahmad

Bendahari :

Saudara Fairul Nizam Harun

Biro Agama :

Saudara Ghazali Hj Abu
Saudara Dr. Shahrul Zuraidi Idris

Biro Kebajikan :

Saudara Muhammad Firhat Othman
Saudara Saypul Bahtiar Ruslan

Biro Penempatan/Perumahan :

Saudara Azhar Saad

Biro Sukan/Rekreasi :

Saudara Mohd. Farid Muhammad Said

Biro ICT/Webmaster :

Saudara Zaime Kharis Zainuddin

Biro Hal Ehwal Wanita :

Saudari Yusniza Mohd Yusop
Saudari Husni Othman

Program Tahunan MASLEICS

Kami telah merangka suatu susunan program yang dapat dimanfaatkan oleh warga Leicester khasnya sepanjang kehidupan di sini. Program-program ini membolehkan segala suka duka dan pengalaman dapat dikongsi bersama serta dapat meningkatkan ukhwah silaturahim sesama kita.

Antara program-program tahunan Masleics termasuklah :-

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri
Majlis Sambutan hari Raya Aidil Adha
Majlis Ilmu dan Perbincangan Semasa
Majlis Tahlil dan Doa Selamat
Kelas Fardu Ain (untuk anak-anak) setiap bulan
Lawatan/perkemahan/Fruit Picking musim panas
Majlis Ceramah Ilmu Setahun Sekali
Hari Keluarga Masleics Setahun Sekali


Tuesday, 19 August 2008

Maklumat Tambahan Sebelum Datang ke Leicester

Kamera & Video Cam

Filem dengan ASA200 ke atas sesuai digunakan. Bawa banyak pun tak apa (bagi yang jenis fotogenik) sebab kalau nak compare harga di malaysia ianya amat mahal disini. Lagipun filem bukannya berat sangat. Kalau berkemampuan boleh beli Videocam di Malaysia sebab harganya murah sedikit. Banyak nak ambil gambar pemandangan dan aktiviti disini. Kalau ada digital kamera pun kira ok. make sure stick/smart card
mempunyai memori yang besar i.e.128 Mb

Peralatan Komputer


PC/Notebook lebih mahal diUK sebab di sini kena bayar VAT. Terpulang kepada anda untuk membawa komputer daripada Malaysia ataupun beli disini. Jika beli di Malaysia, pastikan ada International Warranty dan boleh hantar di Service Centre di UK. Jika beli disini tiada masalah dan anda tidak perlu pening kepala apabila ada kerosakan nanti. Disini barangan komputer dijual dengan harga yang agak murah di
Ebay ataupun Ebuyer.

Perisian Komputer disini semuanya original dan mahal serta boleh dikatakan tiada yang pirate.

Gigi Palsu dan Cermin Mata

Gigi palsu dan Cermin mata, memadailah apa yang ada, tak perlu beli spare sebab disini boleh dapat percuma setelah menadftar dengan NHS. Gunakanlah kemudahan yang disediakan di sini sepenuhnya.

Penjagaan Anak


Anak-anak jangan ditinggalkan. Setakat ini belum ada orang Melayu yang menyediakan khidmat penjagaan anak secara rasmi sepenuh masa. Sama ada bawa pembantu rumah atau hantar private nursery. Private nursery dalam £25 untuk satu hari. Register baby sitter (ChildMinder) dalam £2 per hour (under 5 years old) dan £1.50 per hour (above 5 years). Leicester Uni. ada menyediakan grant untuk international student childcare arrangement - maksima £1000 per annum per child (kalau kita hantar pada private nursery atau register childminder). Nak bawa pembantu rumah kena mohon visa, kalau pembantu warga asing syaratnya pembantu tersebut telah pun digaji at least setahun.

Susu Anak


Susu tepung sementara ada dijual tapi kena beli di Farmasi. Harganya agak mahal. So kena sesuaikan dengan susu fresh/susu cair. Nestum cerelac dan sejenisnya ada disini tapi boleh bawa jika mahu. Tapi kalau nak duduk lama di sini eloklah belajar makan bena-benda yang mudah diperolehi di sini. Milo pun ada tapi rasa dia lain dari Milo Malaysia. Sebagai ganti boleh guna serbuk chocolate, rasanya pun ok.

Diapers anak dan tuala wanita


Di sini murah, kalau nak bawak just stok seminggu dua kira oklah sebelum dapat cari kedai yang offer harga termurah.

Tips & Tricks

Kaedah Membawa Budu
Di Leicester budu ada di jual tapi tak sesedap budu Kelantan/Terengganu.. Jangan bawa budu dalam hand luggage nanti kena rampas. Balut botol budu dengan keras akhbar dan kain perca, masuk dalam plastik beg setiap satu, kalau terpecah pun masih selamat lagi. Masuk dalam luggage biasa. Insyaallah selamat.

Pakaian
Pakaian tebal boleh dibeli di sini dengan harga yang termurah di kedai charity atau CBS. Kalau dah ada tu bawa sajalah.

Ubatan
Bawa antibiotik (tablet/powder) kerana di sini susah nak dapat antibiotik dan kita selalu kena jangkitan samada bakteria/virus selesema/demam/batuk/tonsil khasnya anak-anak.


Persiapan Sebelum Datang Ke Leicester

Bagi Pendaftaran di Universiti Pastikan Anda Membawa:

1) Passport Antarabangsa yang sah lebih dari 3 tahun
2) Surat tawaran belajar dari Universiti
3) Surat biayaan kewangan dari penaja
4) Gambar ukuran passport
5) Sijil nikah (terjemahan)
6) Sijil/diploma/ijazah salinan yang asal
7) NCB kereta (untuk dapat diskaun bila beli insuran kereta)


Keperluan Wang Bagi Kegunaan Awal :

1) Cek kembara
2) Bank Draft
3) Wang Tunai

Perbelanjaan adalah relatif & anda perlu menjelaskan:

1) Sewa Rumah
2) Sewa Van (Dari Airport ke Leics)
3) Keperluan Rumah i.e. periuk,pinggan, duvet, makanan
4) Cable TV (Sky atau Virgin)
5) Kereta (jika perlu)
6) Insuran kereta (jika perlu)
7) AA/RAC untuk kecemasan (jika perlu)
8) TV
9) Lesen TV (£126 setahun)

Untuk membuka akaun ambil masa selama 1-2 minggu bergantung kepada bank bagi mendapatkan kad atau buku cek. Oleh itu dinasihatkan anda segera membuka akaun bagi membolehkan anda menghantar dengan segera butiran akaun ke penaja bagi membolehkan pembayaran biasiswa seterusnya tidak terganggu.



Rumah Sewa

Pihak Masleics akan membantu anda untuk mendapatkan rumah sewa pada kadar yang terbaik. Sila tetapkan hari anda akan tiba untuk menduduki rumah tersebut dan hubungi kami dengan segera. Biasanya, kami akan cuba mendapatkan rumah melalui maklumat dari akhbar tempatan, Private landlords atau Estate Agencies.

Berdasarkan kepada perkembangan terkini, permohonan VISA untuk ke UK memerlukan tenancy agreement. Untuk tujuan itu, pastikan hubungi kami dalam tempoh masa yang sesuai (1 hingga 2 minggu) untuk kami menguruskan hal rumah sewa tersebut dan seterusnya mengepos tenancy agreement kepada anda.

Pastikan setelah menduduki rumah tersebut:
1) Menghubungi pihak MSD/Penaja bagi memaklumkan alamat terkini anda

2) Ambil bacaan meter bagi gas dan Elektrik dan menghubungi pihak pembekal contohnya British Gas, PowerGene, NPower, EON etc.

3) Lesen TV boleh dibeli dipejabat pos atau secara online. Jangan tak beli nanti kena kompaun.

4) Menghubungi pihak NTL atau VirginMedia untuk sambungan TV/Talipon/Internet .

Kedai barangan keperluan dan makanan Halal di Leicester

Makanan halal dan keperluan dapur adalah amat mudah diperolehi kerana komuniti Islam agak ramai disini. Begitu juga dengan rempah ratus, beras dan sos. Dinasihatkan anda hanya membawa sedikit keperluan untuk kegunaan seminggu sebelum anda menyesuaikan diri di tempat baru.

Kedai cina pun ada disini. Jangan terkejut, barangan keluaran Malaysia seperti brand kipas udang, maggi, adabi, nestle mudah di dapati disini. Oleh itu makanan harian di sini sama macam kat Malaysia juga, makan nasi hari-hari. Dari segi harga, ayam paling murah, daging dan ikan agak mahal sedikit.

Kalau di kedai Mat/Minah Salleh, ada cara untuk memilih makanan halal. Contohnya macam roti : cari logo yang ada tanda “suitable for vegatarian”. atau lambang V.

Antara kedai-kedai dan supermarket yang terdekat di sini adalah :-

1) Kedai daging/ayam halal : Bolton, Kamal, Adam Halal Meat, Adam Fish Mongers…dan lain-lain..
2) Kedai cina (Tai Fatt)
3) Kedai barangan dapur (AI, Shahjalal, Islamabad, Falcon, Saver Choice)
4) Pasaraya Besar (Tesco & ASDA)
5 ) Kedai barangan Elektrik (beli online di ARGOS, CURRY or Comet)

Host Family

Masleics mengamalkan budaya host family iaitu untuk menempatkan ahli-ahli baru beserta keluarga yang baru tiba di Leicester. Host Family ini bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahli yang baru tiba dan biasanya Host Family dibuat secara giliran.

Ahli-ahli yang baru tiba amatlah digalakkan tinggal di rumah host family untuk menyesuaikan diri tetapi sebaik-baiknya tidak melebihi 3 malam. Ini bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari yang mungkin akan menjejaskan keharmonian antara kita masyarakat disini. Kebiasaanya, Host akan membantu mendapatkan rumah sewa dan menyediakan keperluan harian dari kedai-kedai yang berpatutan.

Bagi menjaga hubungan baik ini terus berkekalan dan penggiliran Host Family tidak menjadi suatu bebanan, pihak Masleics telah menetapkan bayaran saguhati sebanyak £20 yang perlu disumbangkan kepada Host Family sebagai bayaran saguhati. Sumbangan dalam bentuk lain selain daripada bayaran saguhati ini adalah terserah kepada budi bicara anda sendiri. Sekiranya Host Family tidak mahu menerima wang saguhati ini, bolehlah diberikan wang tersebut ke dalam tabung Masleics untuk tujuan-tujuan kebajikan bersama.

Anda akan dimaklumkan nama Host Family ini sebaik sahaja anda mengesahkan ketibaan anda di Leicester supaya perhubungan lebih awal dapat dijalinkan. Digalakkan agar anda menyediakan pakaian dan keperluan asas dalam beg berasingan bagi membolehkan anda menggunakannya semasa berada dirumah Host Family. Lazimnya rumah di sini agak kecil, bertingkat dan adalah menyukarkan untuk anda sentiasa mengangkat /membuka beg besar untuk mengambil barang keperluan.

Anda adalah amat-amat digalakkan supaya menghubungi kami lebih awal bagi memudahkan urusan pengaturan Host Family dan mencari rumah sewa yang sepatutnya. Komunikasi sehingga tarikh terakhir penerbangan adalah digalakkan bagi membolehkan kami mengetahui status anda. Seboleh-bolehnya, elakkan komunikasi secara Ad-Hoc dan tergesa-gesa kerana warga Masleics juga adalah pelajar dan mempunyai program/tanggungjawab/kerja/makmal/peribadi yang tersendiri. Ini penting bagi mempermudahkan urusan anda dan juga kami disini.

Peraturan Warga Baru Masleics

Nota : Warga baru diklasifikasikan sebagai keluarga yang datang dan akan menetap di Leicester bagi tujuan belajar dan bukannya sebagai pelawat.

Pengangkutan Dari Airport

Anda digalakkan turun di Birmingham Airport (50 Miles) atau Nottingham East Midland Airport (25 Miles) kerana jaraknya yang agak dekat dengan Leicester. Walaubagaimanapun terdapat jugak Airport alternative iaitu di Heatrow dan Manchester Airport. Pihak MASLEICS akan membantu anda mendapatkan van sewa (11 tempat duduk) dari airport ke Leicester dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan.

Pada masa ini harganya dianggarkan seperti berikut tetapi ianya mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

  • Heatrow - £85
  • Manchester - £90
  • Birmingham - £50
  • East Midland - £40

Selamat Datang Ke Leicester

Kami warga Leicester mengucapkan selamat datang dan mengalua-alukan rakan-rakan yang baru tiba ke bumi England ini. Semoga dengan kedatangan saudara-saudari akan menambahkan lagi bilangan ahli keluarga MASLEICS. Inshaallah akan menjadikan tempoh masa kita disini lebih ceria dengan pengalaman yang indah lagi bermakna.

Leicester merupakan bandar ke sepuluh terbesar di England dan yang terbesar di East Midlands. Populasinya berjumlah 300,000 yang terdiri daripada perbagai bangsa dan budaya. Terdapat 2 Universiti utama disini iaitu Leicester University dan De Monfort University.

Dianggarkan 30% masyarakat disini adalah muslim yang meliputi perlbagai bangsa iaitu Pakistan, India, Afrika, Arab, Iraq, Malaysia, Indonesia, China dan lain-lain lagi. Oleh itu disini tidaklah menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal. Disamping itu rempah ratus dan sayur-sayuran segar juga mudah diperolehi.

Sunday, 10 August 2008

Salam Pengenalan

Komuniti Pelajar Melayu di Leicester ini telah lama wujud iaitu semenjak tahun 2000 lagi. Walaupun begitu, kewujudannya adalah secara tidak rasmi kerana pada masa itu ahli komunitinya adalah kecil. Pemimpinnya pula digelar Penghulu Leicester.

Hari demi hari, komuniti ini terus berkembang dan aktif dengan kepimpinannya yang saling berubah setiap tahun. Maka pada tanggal 24 Januari 2004 bersamaan dengan 2 Zulhijjah 1424, lahirlah dengan secara rasmi Persatuan Pelajar Melayu Leicester dengan nama jolokannya MASLEICS.