Sunday, 21 December 2008

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil

Sepertimana yang sedia maklum bapa salah seorang ahli Masleics, saudari Maryam telah kembali ke Rahmatullah pada 18 Disember 2008 yang lepas. Sehubungan dengan ini Masleics telah mengadakan Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil untuk disedekahkan kepada Allahyarham. Majlis telah diadakan dirumah Penghulu Masleics pada petang Ahad 21 Disember 2008. Dengan ini juga, Masleics mengucapkan Takziah kepada saudari Maryam dan keluarga. Semoga Allah mencucuri Rahmat kepada Allahyarham bapa beliau. Amin.

Sekian.

Sunday, 14 December 2008

Gotong Royong Pindah Rumah

Saudara-saudara Masleics telah meluangkan masa membantu proses perpindahan rumah Saudara Ghazali dari rumah lama di 138 Berners Street ke rumah baru di 8 Haddon Street. Alhamdulillah dengan bantuan ahli-ahli Masleics, proses perpindahan dan angkat barang berjalan dengan lancar dan efisyen . Selepas angkat barang, seperti biasa kami telah dijamukan dengan makanan yang sedap-sedap oleh Tuan Rumah. Terima Kasih diucapkan.

Rumah Terbuka & Ceramah Ilmu

Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, Masleics bertuah kerana dapat mendengar ceramah ilmu sambil menghadiri rumah terbuka di rumah saudara Dr. Shahrul. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin yang kini merupakan pelajar PHD di Lampeter, Wales. Ustaz Zaharuddin memang tidak asing lagi di Malaysia kerana kerap muncul memberikan ceramah ilmu dan juga mempunyai laman web ilmu yang terkenal http://www.zaharuddin.net/.

Ceramahnya yang bertajuk pengurusan kewangan Islam memang menarik dan mendapat sambutan ahli-ahli Masleics terutamanya semasa sesi soal jawab. Insyaallah program-program ilmu sebegini diharapkan dapat diadakan dari semasa ke semasa untuk pengisian rohani ahli-ahli Masleics.

Sunday, 7 December 2008

Hari Raya Aidiladha 1429H/2008

Assalamualaikum,

Sehubungan dengan Hari Raya Aidiladha yang akan menjelang, berikut adalah tentatif program bagi hari tersebut:

Lokasi: 25 Shipley Road
Tarikh: 081208
Masa: 8.30 pagi

1. 8.30 pagi - Pintu rumah dibuka untuk ahli-ahli MASLEICS
2. 8.35 pagi - Para ahli MASLEICS mengambil tempat
3. 8.35 pagi - 8.55 pagi - Takbir dan tahmid oleh ahli-ahli MASLEICS yang hadir
4. 8.55 pagi - 9.00 pagi - Peringatan cara menyempurnakan sembahyang sunat hari raya aidiladha oleh Ustaz Nisar.
5. 9.00 pagi - 9.30 pagi - Sembahyang sunat hari Raya Aidiladha dan Khutbah
6. 9.35 pagi - 12.00 tgh - Jamuan hari raya dan bersurai

Perkara sampingan

1. Sukacita diingatkan untuk ahli MASLEICS yang ingin turut serta untuk datang awal agar kita boleh memulakan Majlis pada masa yang telah dirancangkan. Bertimbang rasalah kepada mereka yang datang awal tetapi terpaksa menunggu lama untuk majlis dimulakan.
2. Jamuan makan akan diadakan di halaman belakang rumah, jadi saya memohon bantuan daripada saudara-saudara MASLEICS untuk datang memasang kanopi pada hari AHAD 071208 sekitar pukul 3.00 ptg.
3. Mereka yang ingin turut serta digalakkan untuk membawa juadah secara ala kadar untuk kita sama-sama berkongsi menikmatinya.
4. Insyaallah sembahyang sunat hari raya akan di imamkan oleh Ustaz Nisar.

Semoga Allah memberkati majlis yang dirancangkan ini.

Wassalam

MASLEICS 2008/2009