Wednesday 24 September 2008

Celoteh "ATUK"

Assalamualaikum;

http://www.youtube. com/watch? v=fZYFZyJL_ Jk&feature=related

1. "Hampa mengkala nak tidoq lena, masa nilah, tidoqlah puaih-puaih, esok kalau dah ada anak, jangan haraplah nak boleh tidoq lena" (baca dalam loghat utara pekat). Masih terngiang-ngiang bait-bait diatas yang dituturkan oleh bonda dan bonda mertua dan nenda atuk masa mula berkahwin dulu. Mula-mula memanglah buat donno tetapi orang tua memang banyak pengalaman. Terbukti ianya adalah benar belaka.

2. Kita juga biasa mendengar bagaimana sikar sabar dan tolak ansur itu penting didalam kehidupan berkeluarga. Di saat mempunyai anak kecil inilah kita dapt melihat sikap sabarnya seorang ayah dan siibu memang bersikap tidak sabar serta sikap "tolak" yang tak ada ansurnya seorang ayah. Sabarnya siayah kerana masih dapat menarik selimut dan membatukan diri bila anak kecil bangun dan menangis ditengah malam dan membiarkan siibu keseorangan menguruskan anak kecil tersebut. Semuanya di"tolak" kepada siibu.

3. Alhamdulillah setelah jenuh menunggu, semuanya telah berakhir dengan selamat. Mula sorang dah tu berdua dan akhirnya bertiga dan ada yang dah berenam dan akhirnya dah bertujuh. Teringat lagu dendangan SM Salim (dulu lain sekarang lain)(Kaf, Ha, wau, ya, nun = Kongsi hidup waktu yang nikmat, dahulu singgit makan sorang, sekarang singgit makan 2 orang, kalau benih baik singgit makan 5 orang , tapi tak apa rezeki anak ada). TAHNIAH DARI ATUK SEKELUARGA BUAT KEDUA-DUA KELUARGA YANG BERTUAH INI. Kami juga menawarkan kepada mana-mana keluarga bertuah ini yang tidak mempunyai ruang/tanah lapang untuk menanam tembuni dari proses kelahiran ini boleh memilih ruang depan atau belakang 25 shipley road untuk tujuan itu.

4, Alhamdulillah sekali lagi, tahun ini atuk dapat 2 orang cucu, tahun depan tak tau lagi berapa yang nak mai. Kalu masa tok penghulu Tamat dulu, lagi meriah dia dapat 5 cucu, masa tok penghulu Nazri, dia tak dapat cucu pun (kesian).

5. Tak ketingggalan juga gembira melihat semua ahli MASLEICS berlumba-lumba untuk menghulur bantuan dan pertolongan kepada kedua-dua keluarga bertuah ini baik dari segi moral dan material. Hanya dalam tempoh sekelip mata, carta lagu-lagu popular MASLEICS berjaya dipenuhkan. Kalau nak tahu pemenangnya nanti bolehlah bertanyakan kepada kedua-dua keluarga bertuah ini, "lagu" mana yang berjaya menduduki tempat pertama. Ttp atuk percaya semuanya adalah pemenang. Insyaallah segala pertolongan yang diberikan dgn ikhlas terlebih lagi memberi makan orang yang berpuasa (semasa berbuka) semasa bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah swt.

6. Adapun mereka yang tidak dapat bersama-sama memeriahkan carta lagu-lagu popular ini, tak perlulah gundah gulana. Ingatan dan doa untuk kesejahteraan keluarga bertuah ini juga sudah memadai.

7. Dalam pada kita bergembira, kita juga sepatutnya merasa sedih kerana bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini semakin tiba ke penghujungnya. Adalah menjadi harapan atuk akan kita semua telah berjaya mendidk diri kita di dalam madrasah Ramadhan ini dan kita semua dapat meneruskan amalan-amalan menbaca alquran dan bangun malam untuk bertahajjud dan meneruskan amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan yang lain. Kita pun tak tahu adakah kita sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini dan adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan di tahun tahun yang mendatang.

8. Tak lupa juga, tunaikanlah kewajipan zakat fitrah untuk tahun ini. Walaupun MASLEICS membuka kaunter zakat fitrahnya sendiri (kadar £2/sorang, boleh dibayar kepada bendahari atau saudara Ghazali), tidak menjadi halangan pada mana-mana ahli MASLEICS yang ingin membayar kepada pihak lain atas pilihan sendiri. Insyaallah MASLEICS akan menggunakan bayaran zakat ini untuk memberikan saguhati kepada guru agama yang mengajar kelas agama anak-anak MASLEICS.

Sekian dahulu celoteh atuk. Maaf kalau agak panjang untuk dibaca. Sehingga bertemu lagi

Wassalam

"ATUK"

No comments: