Tuesday 19 August 2008

Host Family

Masleics mengamalkan budaya host family iaitu untuk menempatkan ahli-ahli baru beserta keluarga yang baru tiba di Leicester. Host Family ini bertujuan menjaga kebajikan ahli-ahli yang baru tiba dan biasanya Host Family dibuat secara giliran.

Ahli-ahli yang baru tiba amatlah digalakkan tinggal di rumah host family untuk menyesuaikan diri tetapi sebaik-baiknya tidak melebihi 3 malam. Ini bagi mengelakkan timbul masalah dikemudian hari yang mungkin akan menjejaskan keharmonian antara kita masyarakat disini. Kebiasaanya, Host akan membantu mendapatkan rumah sewa dan menyediakan keperluan harian dari kedai-kedai yang berpatutan.

Bagi menjaga hubungan baik ini terus berkekalan dan penggiliran Host Family tidak menjadi suatu bebanan, pihak Masleics telah menetapkan bayaran saguhati sebanyak £20 yang perlu disumbangkan kepada Host Family sebagai bayaran saguhati. Sumbangan dalam bentuk lain selain daripada bayaran saguhati ini adalah terserah kepada budi bicara anda sendiri. Sekiranya Host Family tidak mahu menerima wang saguhati ini, bolehlah diberikan wang tersebut ke dalam tabung Masleics untuk tujuan-tujuan kebajikan bersama.

Anda akan dimaklumkan nama Host Family ini sebaik sahaja anda mengesahkan ketibaan anda di Leicester supaya perhubungan lebih awal dapat dijalinkan. Digalakkan agar anda menyediakan pakaian dan keperluan asas dalam beg berasingan bagi membolehkan anda menggunakannya semasa berada dirumah Host Family. Lazimnya rumah di sini agak kecil, bertingkat dan adalah menyukarkan untuk anda sentiasa mengangkat /membuka beg besar untuk mengambil barang keperluan.

Anda adalah amat-amat digalakkan supaya menghubungi kami lebih awal bagi memudahkan urusan pengaturan Host Family dan mencari rumah sewa yang sepatutnya. Komunikasi sehingga tarikh terakhir penerbangan adalah digalakkan bagi membolehkan kami mengetahui status anda. Seboleh-bolehnya, elakkan komunikasi secara Ad-Hoc dan tergesa-gesa kerana warga Masleics juga adalah pelajar dan mempunyai program/tanggungjawab/kerja/makmal/peribadi yang tersendiri. Ini penting bagi mempermudahkan urusan anda dan juga kami disini.

No comments: