Saturday 3 August 2013

Sambutan Majlis Idulfitri Masleics 2013

Assalamu’alaikum wrt wbt,
Untuk makluman semua, satu mesyuarat berkaitan dengan sambutan Hari Raya Idulfitri 2013 telah diadakan semalam bertempat di rumah Saudara Andy. Hasil daripada mesyuarat tersebut, pihak AJK telah bersetuju untuk mengadakan sambutan Hari Raya Idulfitri Masleics 2013 mengikut ketetapan berikut:
Tarikh   : 1 Syawal 1433H
Tempat : 45 Haddon Street, LE2 0GJ (Rumah Saudara Asrol dan keluarga)
Masa     : 10.30 pagi – 8.30 malam (bagi yang berkelapangan, aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah ahli-ahli Masleics yang lain akan
                  dilakukan selepas waktu solat Zohor)
Untuk makluman, sembahyang raya dilaksanakan di  kawasan kediaman masing-masing.
Diharap semua warga Masleics dapat meluangkan masa untuk hadir bagi memeriahkan lagi sambutan Idulfitri pada tahun ini di samping dapat mengukuhkan ukhuwah di kalangan setiap ahli Masleics.
Takbir malam raya
Mana-mana ahli Masleics yang berhajat untuk mengadakan takbir malam raya di kediaman mereka, sila berhubung dengan saya selewat-lewatnya sebelum solat Jumaat.  
Jamuan Aidilfitri
Bersempena dengan sambutan aidilfitri pada tahun ini, hidangan utama bagi jamuan aidilfitri akan disediakan oleh ahli-ahli Masleics wanita. Bagi tujuan tersebut, saudari Rafidah akan menghubungi ahli-ahli Masleics wanita dalam masa terdekat untuk pembahagian tugas. Ahli-ahli Masleics juga adalah dialu-alukan untuk membawa potluck  masing-masing. 
Penghargaan kepada AJK Masleics 2012/2013
Saya mewakili seluruh warga Masleics ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK Masleics yang lalu iaitu di bawah pimpinan Saudara Andy di atas khidmat bakti yang dicurahkan. Diharap warga Masleics dapat memberikan sokongan yang padu kepada  AJK Masleics yang baru di dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.
Cadangan dan pandangan
Sebarang cadangan dan pandangan berkaiatan hal-ehwal Masleics bolehlah diajukan kepada AJK Masleics yang berikut:
1.       Saudara Azhari
2.       Saudara Andy
3.       Saudari Rafidah

Sekian dan terima kasih.
Muhamad Azhari Wahid

No comments: