Thursday 25 September 2008

Logo MASLEICS

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan usaha oleh saudara Budil dan Pn. Husni, terciptalah logo MASLEICS yang cun melecun dan boleh dilihat di laman web MASLEICS.

2. Dengan ini MASLEICS merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada kedua-dua individu tersebut kerana telah mencuba sebaik mungkin untuk mencipta logo yang menjadi identiti kepada Persatuan Pelajar Melayu Leicester.

3. Insyaallah rajin-rajinlah berkunjug ke laman web kita dan sumbanglah sedaya mungkin kalau tuan-tuan dan puan-puan mempunyai artikel dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama untuk kebaikkan semua ahli MASLEICS.

4. MASLEICS 2008/2009 juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua AJK MASLEICS yang terdahulu daripada semenjak MASLEICS ditubuhkan (saya tak pasti bila) dan kini menjadi wadah bagi semua pelajar Melayu yang datang ke Leicester bernaung dan menuai segala manfaat hasil dari kewujudan MASLEICS. Insyaallah MASLEICS akan terus berbakti kepada semua yang memerlukan dan marilah kita sama memberi dan sama merasa kerana MALSEICS tidak dapat berdiri hanya dengan AJKnya sahaja tetapi sokongan padu daripada ahli-ahli MASLEICSlah yang menjadikan persatuan ini berjaya.

Sekian

terima kasih
MASLEICS 2008/2009

Wednesday 24 September 2008

Celoteh "ATUK"

Assalamualaikum;

http://www.youtube. com/watch? v=fZYFZyJL_ Jk&feature=related

1. "Hampa mengkala nak tidoq lena, masa nilah, tidoqlah puaih-puaih, esok kalau dah ada anak, jangan haraplah nak boleh tidoq lena" (baca dalam loghat utara pekat). Masih terngiang-ngiang bait-bait diatas yang dituturkan oleh bonda dan bonda mertua dan nenda atuk masa mula berkahwin dulu. Mula-mula memanglah buat donno tetapi orang tua memang banyak pengalaman. Terbukti ianya adalah benar belaka.

2. Kita juga biasa mendengar bagaimana sikar sabar dan tolak ansur itu penting didalam kehidupan berkeluarga. Di saat mempunyai anak kecil inilah kita dapt melihat sikap sabarnya seorang ayah dan siibu memang bersikap tidak sabar serta sikap "tolak" yang tak ada ansurnya seorang ayah. Sabarnya siayah kerana masih dapat menarik selimut dan membatukan diri bila anak kecil bangun dan menangis ditengah malam dan membiarkan siibu keseorangan menguruskan anak kecil tersebut. Semuanya di"tolak" kepada siibu.

3. Alhamdulillah setelah jenuh menunggu, semuanya telah berakhir dengan selamat. Mula sorang dah tu berdua dan akhirnya bertiga dan ada yang dah berenam dan akhirnya dah bertujuh. Teringat lagu dendangan SM Salim (dulu lain sekarang lain)(Kaf, Ha, wau, ya, nun = Kongsi hidup waktu yang nikmat, dahulu singgit makan sorang, sekarang singgit makan 2 orang, kalau benih baik singgit makan 5 orang , tapi tak apa rezeki anak ada). TAHNIAH DARI ATUK SEKELUARGA BUAT KEDUA-DUA KELUARGA YANG BERTUAH INI. Kami juga menawarkan kepada mana-mana keluarga bertuah ini yang tidak mempunyai ruang/tanah lapang untuk menanam tembuni dari proses kelahiran ini boleh memilih ruang depan atau belakang 25 shipley road untuk tujuan itu.

4, Alhamdulillah sekali lagi, tahun ini atuk dapat 2 orang cucu, tahun depan tak tau lagi berapa yang nak mai. Kalu masa tok penghulu Tamat dulu, lagi meriah dia dapat 5 cucu, masa tok penghulu Nazri, dia tak dapat cucu pun (kesian).

5. Tak ketingggalan juga gembira melihat semua ahli MASLEICS berlumba-lumba untuk menghulur bantuan dan pertolongan kepada kedua-dua keluarga bertuah ini baik dari segi moral dan material. Hanya dalam tempoh sekelip mata, carta lagu-lagu popular MASLEICS berjaya dipenuhkan. Kalau nak tahu pemenangnya nanti bolehlah bertanyakan kepada kedua-dua keluarga bertuah ini, "lagu" mana yang berjaya menduduki tempat pertama. Ttp atuk percaya semuanya adalah pemenang. Insyaallah segala pertolongan yang diberikan dgn ikhlas terlebih lagi memberi makan orang yang berpuasa (semasa berbuka) semasa bulan Ramadhan yang penuh berkat ini akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah swt.

6. Adapun mereka yang tidak dapat bersama-sama memeriahkan carta lagu-lagu popular ini, tak perlulah gundah gulana. Ingatan dan doa untuk kesejahteraan keluarga bertuah ini juga sudah memadai.

7. Dalam pada kita bergembira, kita juga sepatutnya merasa sedih kerana bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini semakin tiba ke penghujungnya. Adalah menjadi harapan atuk akan kita semua telah berjaya mendidk diri kita di dalam madrasah Ramadhan ini dan kita semua dapat meneruskan amalan-amalan menbaca alquran dan bangun malam untuk bertahajjud dan meneruskan amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan yang lain. Kita pun tak tahu adakah kita sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini dan adakah kita akan bertemu dengan Ramadhan di tahun tahun yang mendatang.

8. Tak lupa juga, tunaikanlah kewajipan zakat fitrah untuk tahun ini. Walaupun MASLEICS membuka kaunter zakat fitrahnya sendiri (kadar £2/sorang, boleh dibayar kepada bendahari atau saudara Ghazali), tidak menjadi halangan pada mana-mana ahli MASLEICS yang ingin membayar kepada pihak lain atas pilihan sendiri. Insyaallah MASLEICS akan menggunakan bayaran zakat ini untuk memberikan saguhati kepada guru agama yang mengajar kelas agama anak-anak MASLEICS.

Sekian dahulu celoteh atuk. Maaf kalau agak panjang untuk dibaca. Sehingga bertemu lagi

Wassalam

"ATUK"

Tetamu Masleics

Tuan Hj Azmil Mustapha.
Pada 10 Sept tempohari, Masleics bertuah kerana telah menyambut kedatangan seorang tetamu yang sangat dikenali ramai. Dahulu beliau dikenali kerana kegiatan seninya dan amat terkenal dengan beberapa buah filem disekitar tahun '80an. Sekarang, beliau turut terkenal kerana raut wajah dan penampilannya yang warak dan susunan kata-katanya yang lebih menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
Beliau adalah Tuan Hj Azmil Mustapha. Tak perlu rasanya diimbas zaman kegemilangan beliau kerana umum mengetahui apakah gelaran yang pernah beliau sandang suatu ketika dulu. Selepas berlepas dari Ireland, kedatangan Tuan Hj Azmil bertujuan untuk menjalankan siri penggambaran 'Ramadhan di UK', yang mana Leicester merupakan sebahagian dari destinasinya. Leicester dipilih oleh Tuan Hj Azmil kerana terkenal dengan penduduk Muslim yang ramai, masjid yang mudah ditemui dimana-mana, makanan halal yang amat mudah diperolehi dan tidak ketinggalan, terdapat serumpun komuniti Melayu Islam dari Malaysia tinggal disini.
Walaupun penggambaran tidak dapat dilakukan dengan lancar seperti yang dirancangkan kerana jadual persinggahan beliau yang begitu pendek, warga Masleics sangat bertuah kerana beliau dapat bersama-sama berbuka puasa dan mendirikan solat tarawikh bersama. Yang paling penting, warga Masleics dapat mendengar tazkirah dan berkongsi ilmu dengan beliau. Warga Masleics juga tidak ketinggalan untuk beramah-mesra dengan beliau, yang ketika ini tinggal di Damsyik, Syria bersama anak-anak kerana menuntut ilmu agama disana. Aidilfitri ini, katanya, akan disambut bersama saudara-mara di Eropah.
Pertemuan pendek ini begitu dihargai beliau dan beliau berhajat untuk ke Leicester lagi pada tahun hadapan, disamping ingin menikmati hidangan Malaysia sekali lagi, beliau juga ingin meneruskan penggambarannya yang tidak sempat beliau laksanakan pengikut perancangan.

Antara warga Masleics yang hadir.

Monday 22 September 2008

Lagi ahli Masleics mendapat cahayamata

Warga Masleics ingin mengucapkan tahniah juga kepada Saudara Ghazali dan Kak Anita sempena kelahiran cahayamata yang ke-5. Bayi lelaki bertuah itu disambut pada pukul 11.10 pagi. Semoga ibu dan anak dalam sihat sejahtera.

Masleics 2008

Ahli Masleics mendapat cahayamata

Warga Masleics ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Nisar dan Dr Aini sempena kelahiran yang pertama dan mendapat bayi lelaki pada pukul 12.31 malam tadi (22 Sept 2008). Semoga dengan kelahiran bayi ini bertambah-tambah lagi keberkatan hidup mereka dan murah rezeki.

Masleics 2008

Sunday 21 September 2008

Perkembangan semasa

1. Alhamdulillah sukacita dimaklumkan bahawa mungkin dalam jangkamasa terdekat, InsyaAllah MASLEICS akan menerima ahli "baru" daripada ayah dan ibu "baru".

2. Menurut maklumat mutakhir yang diterima pada pukul 12.22 pm tadi, ust. Nisar dan isteri dalam perjalanan ke LRI.

3. Marilah kita sama-sama mendoakan agar di permudahkan oleh ALLAH swt akan urusan mereka dan semuanya berakhir dengan selamat.

4. Untuk itu saya menyeru kepada semua ahli MASLEICS yang ingin turut menumpang kebahagiaan keluarga bertuah ini dengan secara suka rela ingin menyediakan makanan seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini.

5. Pilihlah hari yang sesuai untuk setiap keluarga yang ingin turut serta di dalam jadual ringkas di bawah ini.

6. Saya mencadangkan agar bayaran zakat fitrah tahun ini di tetapkan pada kadar £2 satu kepala kerana menurut maklumat yang diperolehi bayaran disekitar Leicester adalah diantara £1.50 - £2.00.

7. Jadual/giliran memasak untuk keluarga yang menimang cahaya mata. (Rujuk Yahoo Group)

Zakat Fitrah tahun Ini

Assalamualaikum wrh wbt,

Penyimpan mohor besar MSD setakat ini tidak menetapkan kadar zakat fitrah tahun ini. Maka semua ahli qariah Masleic diminta membuat survey tentang kadar zakat fitrah di masjid masing2 dan memaklumkan kepada saya untuk kita buat ketetapan nilai zakat fitrah.

Oleh kerana ramai ahli qariah telah bertukar dari beras basmati kepada long grain maka kita mungkin mengambil kadar pertengahan atau terendah bergantung kepada keputusan perbincangan.

InsyaAllah, semua ahli akan dimaklumkan dan kaunter pembayaran dibuka di rumah bendahari Masleic di 3 Derwent Street atau 138 Berners Street selepas pengumuman dibuat. Kaunter tambahan akan dibuka pada setiap majlis berbuka puasa yg mungkin diadakan di rumah ahli (jika ada) sebelum aidilfitri.

Sekian harap maklum.

Ghazali Haji Abu
Biro Agama